ASAL USUL BANI TAMIM

MARI KENALI BANI TAMIM

Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim

• Hadith Nabi SAW : " Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman"
• Sabda Nabi SAW: " Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal"

Imam Al-Qurthubi ketika menguraikan hadith di atas mengatakan bahawa;
" Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka hingga hari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya".

Hadith Nabi SAW:
• " Kelompok yang paling banyak dimasukkan ke dalam syurga melalui jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".

Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:
• "Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab dibanding suku arab yang lain ".
• Imam Ibnu Hajar menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim yaitu:
• “Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam, kelompok Bani Tamim banyak berkecimpung dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan yang disegani dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan"

Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan: "Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ".

Sabda Nabi SAW:
" Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami"
Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sabahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.

Imam At-Tabrani menyatakan: "Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajal di akhir zaman, cukup tahan menghadapi halangan apa saja. Bani Tamim tidak akan menyerah dengan segala halangan, ancaman dan penentangan dari semua pihak yang ingin memudharatkan perjuangan mereka".



Asal Keturunan Bani Tamim

1. Pilihan Tuhan dari kalangan hambanya;
Hadith Rasul SAW yang bererti:
"Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala telah menciptakan langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang tinggi. Di situlah Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni, Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihnya Bani Adam (manusia-sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih daripada Bangsa Arab itu Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih suku Quraisy".

2. Asal mereka dari pada anak cucu Mudhor;
Imam Bukhori ketikamemperkatakan Nasab Rasululah SAW menyatakan:
Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka'ab ibni Lu'aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar ibnl Ma'add ibni Adnan.

Suku Quraisy:
Dari pada Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor.

Suku Tamim:
Dari pada Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni llyas ibni Mudhor.

3. Bani Tamim tunggak keturunan Arab:
"Bani Tamim adalah keturunan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim Alaihi mas salam"

Ibnu Hazm menyatakan bahawa:
"Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan jumlah kaumnya yang banyak serta rangkaian sukunya yang luas sehingga Bani Tamim dikatakan sebagai tonggak utama bagi bangsa arab secara keseluruhan. Bahkan mereka adalah pelopor yang melakukan perjalanan keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui keikutsertaan mereka di dalam bala tentera Islam. Banyak yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain.... ".

BANI Tamim DIANGGAP KELUARGA OLEH RASULULLAH SAW.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat yang berarti:
"Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat ", lantas ketika itu Baginda SAW menyeru: "wahai Bani Fihr, Wahai Bani 'Adiey", ... memanggil kelompok asal umat arab yaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim. .."

Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw. bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan Baginda.

2 komentar:

  1. zizan89 mengatakan...:

    hidup perjuangan bani tamim perperangan mu keatas nama illahi. war world three hmpir dekat. sabda rasullah makin hmpir kemuncak. brsma2x lah kite bngkit mnghancukn idelogi zionis. wlaupun kte saudara jauh yhudi,ingat lah whai mlayu jawa kamu bsahsiah yahudi( keturah), minang bersahsiah nabi nuh. melayu juga ada brketurunan nabi muhammad. oic kte yng pegang. kte bangsa update. hidup kan kmbali zman khalifah, angkatkn kmbali sbda rasullah. jgn hrapkn bangsa arab nie zaman kejatuhn die. kte kena satukn mreka. melayu brsifat mementingkan universel, islam ialah universel. marilah kite bergabung untuk memerintah duniakan dengan syair islam. zionis terlalu takut kemaraan melayu. sbb mereka tahu kite siapa ada trtulis dlm kitab mereka.

  1. NurAin Salamah mengatakan...:

    Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://dimelayu.co.nu

Poskan Komentar

 
KETURUNAN BANI TAMIM © 2012 | Designed by Cheap TVS, in collaboration with Vegan Breakfast, Royalty Free Images and Live Cricket Score